6 TIPS PEMILIHAN JENIS LAMPU UNTUK PENCAHAYAAN RUANG KEDIAMAN

  • By Hwan Wah Ang
  • 21 Sep, 2020
Setiap ruang kediaman memerlukan teknik pencahayaan yang mempengaruhi perbezaan mood dan suasana. Mari kita kenal pasti pemilihan lampu dan fungsi jenis-jenis lampu yang boleh digabung dan boleh digunakan secara lebih efektif mengikut keperluan di setiap ruang!

1. Ruang Tamu
Ruang tamu adalah ruang yang menjadi fokus utama di setiap kediaman untuk berkumpul dan meluangkan masa bersama keluarga. Pelbagai aktiviti yang dilakukan seperti menonton filem, makan malam bersama ataupun melayan tetamu sudah semestinya memerlukan pencahayaan yang sesuai untuk menciptakan suasana ceria dan selesa.

Kipas Siling Berlampu: Kipas siling kini didatangkan bersama set lampu yang dapat menerangi ruang tamu agar fungsinya lebih efektif dan boleh dipertimbangkan kalau anda mahu lebih selesa dengan cahaya samar-samar dan tidak terlalu terang ketika menonton filem atau TV.

Downlight: Lampu jenis ini biasanya dipasang dipermukaan siling. Lampu ini sering menjadi pilihan ramai malah turut popular terutamanya dipasang di ruang tamu.

Lampu Berdiri: Lampu berdiri dan lampu meja adalah pilihan yang terbaik. Lampu jenis ini mampu menghasilkan pencahayaan bagi persekitaran lebih selesa tanpa menggunakan tenaga eletrik yang berlebihan.

2. Dapur
Selain ruang tamu, dapur juga adalah sebahagian ruang kediaman yang sangat penting. Pemilihan sumber pencahayaan bagi ruang ini haruslah sesuai untuk melakukan aktiviti seperti memasak bagi mewujudkan suasana yang santai.

Lampu Gantung: Pilihan lampu jenis ini yang dikenali sebagai pendant lighting biasanya dipasang tergantung dari siling menggunakan tali atau rantai besi. Lampu gantung yang dipasang di atas kitchen island mampu memberikan elemen deko dan menambahkan personaliti kepada ruang dapur anda.

3. Ruang Makan
Satu lagi ruang kediaman yang sering menjadi tumpuan adalah ruang makan. Pemilihan lampu malap atau penggunaan penyelaras dimmer dapat membantu mewujudkan persekitaran mengikut kesesuaian seperti yang anda inginkan.

Lampu Chandelier: Ruang makan adalah bahagian kediaman yang paling sesuai untuk penggunaan lampu chandelier. Satu perkara penting harus diberikan perhatian ketika proses pemasangan: pastikan bahagian bawah lampu chandelier anda berada 30 hingga 35 inci dari aras permukaan meja.

Downlight: Downlight dipasang di sudut dinding untuk mewujudkan titik sempadan yang mengelilingi lampu chandelier. Fungsinya adalah menerangi ruang bila diperlukan dan memberi pencahayaan tambahan untuk semua ruang utama.

4. Bilik Tidur
Bilik tidur perlu mewujudkan suasana harmoni dan tenang. Pendapat pakar mengatakan bahawa pencahayaan malap dan tidak terlalu terang adalah suasana terbaik untuk bilik tidur. Sebaliknya, lampu berwarna putih dan terang seperti lampu kalimantang boleh menyebabkan tidur anda terganggu.

Lampu Dinding: Selain menambah personaliti kepada persekitaran dalam bilik tidur, lampu dinding berfungsi menerangi setiap bahagian ruang tertentu dan membekalkan cahaya yang cukup.

Kipas Siling Berlampu: Sama seperti penggunaan di ruang tamu, kipas siling berlampu memberi fungsi dua dalam satu dan boleh juga dijadikan sumber utama pencahayaan untuk bilik tidur.

Downlight: Lampu jenis ini adalah pilihan paling selamat. Tetapi, harus dipastikan terlebih dahulu pemilihan mentol agar tidak terlalu terang malah perlu bersesuaian dengan keperluan bilik tidur anda.

5. Bilik Mandi
Waktu bersendirian kebanyakannya dihabiskan di dalam bilik mandi terutamanya bagi kaum wanita. Banyak masa diperlukan untuk bersolek di depan cermin dan memilih pakaian yang sesuai sebelum melangkah keluar rumah.

Downlight: Downlight dengan mentol ekstra terang adalah pilihan tepat untuk bilik mandi. Pilihlah mentol lampu yang tidak mudah panas kerana ruang ini menpunyai tahap kelembapan dan suhu bilik yang tinggi ketika penggunaan pemanas air.

6. Ruang Kerja
Ruang kerja atau bilik membaca memerlukan pencahayaan yang cukup untuk membantu meningkatkan produktiviti sambil mengurangkan keletihan mata dan juga minda. Ruang yang berfungsi sebagai pejabat dalam rumah ini memerlukan sumber cahaya yang dapat memberikan fokus untuk membantu dalam tumpuan mempercepatkan tugasan.

Lampu Meja: Lampu meja atau lampu lantai adalah pilihan terbaik untuk ruang ini. Dengan fungsi mudah alihnya, lampu meja boleh dipindahkan atau diletakkan di bahagian lain-lain mengikut keperluan.

Downlight: Pemilihan downlight untuk ruang kerja atau bilik bacaan dapat memberi pencahayaan yang mencukupi bagi keseluruhan ruang tanpa meletihkan mata. Ini adalah disebabkan kedudukan mentol yang dipasang ke dalam siling membolehkan cahaya disebarkan sama rata untuk keseluruhan ruang.

Semoga bermanfaat!

Sumber tips dan imej: https://www.iproperty.com.my/lifestyle/6-tips-memilih-lampu-untuk-pencahayaan-tepat-di-setiap-ruang-...
By Hwan Wah Ang June 22, 2021

Apabila anda menyimpan segala makanan daripada yang segar sehingga yang telah dimasak, pastinya anda akan dapat menghidu pelbagai bau di dalam peti sejuk anda.

Akibat daripada itu, anda turut akan mendapati yang mana makanan juga akan lebih cepat busuk dan tidak boleh dimakan.

Oleh itu, ini tips yang boleh anda gunakan untuk menghilangkau bau yang tidak menyenangkan pada peti sejuk anda.

1. Periksa dan tetapkan suhu yang betul

Suhu di dalam peti sejuk anda sangat penting.

Sekiranya terlalu panas, ia dapat mendorong pertumbuhan bakteria dan mempercepat kerosakan makanan di dalamnya. Ini adalah salah satu sebab mengapa peralatan dapur anti bakteria perlu digunakan bagi mengurangkan risiko penyebarannya,

Suhu di dalam peti sejuk anda hendaklah antara -20 dan -15 darjah.

2. Sentiasa lap dan bersihkan makanan yang tertumpah

Untuk sesetengah keadaan, bau busuk di dalam peti sejuk adalah disebabkan oleh makanan ataupun barangan yang telah busuk dan tertumpah.

Apabila dibiarkan lama, ia boleh mencemarkan sebahagian besar bahagian dalam peti sejuk dan meninggalkan bau yang busuk. Selain itu, periksa juga makanan lama yang tidak lagi digunakan. Buang sekiranya ia telah tamat tempoh.

Untuk membersihkan peti sejuk, anda boleh menggunakan Bersihkan larutan pembersih yang mencampurkan satu sudu pemutih klorin dan satu cawan air. Gunakan ini untuk membersihkan kotoran dan mengurangkan bau yang tidak menyenangkan.

3. Letakkan penyerap bau atau soda penaik

Setelah sudah bersihkan bahagian dalam peti sejuk, anda boleh letakkan penyerap bau di dalam peti sejuk.

Sebagai contoh, anda boleh menggunakan soda penaik kerana ia berfungsi baik dalam mematikan bau yang menjadikannya penyelesaian yang sempurna untuk menyerap bau seperti ikan, bawang, lada dan sebagainya.

Cara menyediakan penyerap bau:

·Isikan soda penaik ke dalam cawan.

·Letakkan ini di dalam peti sejuk anda dan tutup pintu.

·Kemudian, biarkan ia di dalam peti sejuk selama beberapa jam.

Sekiranya aroma tidak hilang, cuba taburkan soda penaik ke atas rak dan biarkan selama dua jam. Lap bahagian dalam dengan campuran soda penaik dan air sehingga bersih.

4. Pastikan bekas makanan ditutup rapat

Susun makanan anda ke dalam bekas kedap udara dan label dengan tarikh penggunaan.

Periksa juga sama ada bekas makanan anda ditutup rapat. Ia bagi mengelakkan bau makanan tersebut keluar dari bekas sehingga menyebabkan bau busuk di dalam peti sejuk anda.

Selain itu, anda juga boleh menulis label untuknya dan gunakan balang yang sama untuk menyimpannya. Tambahkan juga tarikh mula memasukkan makanan tersebut ke dalam peti sejuk supaya anda tahu berapa lama sudah ia berada di dalamnya.

5. Tambah Wangian Lemon Untuk Kesegaran

Gunakan lemon untuk menjadikan peti sejuk anda lebih wangi dan segar.

Asid sitrus bertindak baik dalam menyegarkan bahagian dalam peti sejuk anda, dan anda boleh menggunakannya dengan cara berikut:

·Rendam beberapa bola kapas dalam jus lemon

·Gunakan ini untuk mengelap bahagian dalam peti sejuk anda. Jus lemon akan mencipta wangian yang menyenangkan.

Selain lemon, anda juga boleh meletakkan kopi dan oat. Ia juga boleh membantu dalam meneutralkan bau busuk yang mana ia mampu menyerap apa-apa bau sisa makanan yang lama selepas beberapa hari.

 

Semoga bermanfaat!

Kredit tips & imej: https://tajria.com/20212375

 

By Hwan Wah Ang June 16, 2021

1. Pilih sofa yang sesuai

Ada banyak jenis sofa yang anda boleh pilih, sama ada yang berbentuk-L, berbentuk-U, datang sekali set 1-2-3, atau yang jenis sofa katil. Material pula selalunya ada kayu, kusyen, berbulu-bulu, dan kulit!

2. Lampu berdiri

Selain dari lampu siling, ada juga yang gunakan lampu berdiri, sama ada untuk menambah cahaya ataupun sekadar hiasan saja. Anda kena pastikan yang ruang tamu mempunyai pencahayaan yang elok dan baik, sebab di situlah anda akan berkumpul bersama keluarga.

Selain tu, kalau anda mempunyai meja tepi sofa yang kosong tapi tak berapa minat untuk menggunakan bunga sebagai dekorasi, anda boleh juga letakkan lampu hiasan ruang tamu di situ sebagai ganti.

3. Kipas yang bergaya

Bagi yang nak siling nampak je dan tak perlu susah-susah nak panjat tangga bersihkan kipas, bolehlah gunakan kipas berdiri saja. Kalau rasa kipas biasa tu membosankan dan tak matching dengan dekorasi rumah, boleh cari yang mempunyai bentuk unik!

Kalau anda rasa kipas siling lebih sesuai, tentukan dulu saiz kipas yang diperlukan kerana kipas yang terlalu kecil atau besar tak akan memberikan aliran udara yang betul. Jumlah bilah juga selalu menjadi tanda tanya apabila menentukan jenis kipas siling.

4. Meja kopi

Nak pilih meja kopi untuk menjadikan ruang tamu moden sebenarnya tak semudah yang disangka. Anda bukan saja perlu memilih yang cantik di mata, tapi sepadan dengan semua yang ada di ruang tamu.

5. Kabinet TV

Kalau ada TV dekat ruang tamu, haruslah kena ada kabinet TV. Kalau hanya sekadar untuk letak TV dan tak perlukan ruang simpanan ekstra, boleh guna meja TV yang biasa saja. Tapi, kalau ada bajet lebih, bolehlah beli kabinet TV yang selalunya lagi besar.

6. Cermin tambahan deko

Cermin boleh digunakan untuk pelbagai fungsi, seperti membuatkan bilik nampak lebih luas, menambah pencahayaan, menonjolkan barang sedia ada dan meletakkan di tempat yang mencerminkan pandangan yang anda suka!

7. Karya Seni

Karya seni sangat membantu untuk menentukan keperibadian pemilik rumah dan dijadikan dekorasi ruang tamu

Semoga bermanfaat!

Kredit tips & imej: https://twitter.com/fabellodesign/status/1402123936687550468

 

By Hwan Wah Ang June 9, 2021
Kebanyakan orang suka mengabaikan ruang makan sehinggakan tiada satu dekorasi pun yang diletakkan di ruang ini menjadikannya kelihatan suram. Tapi, kalau anda kekal ia kelihatan suram, ia dah tentu akan memberi kesan pada ruang lain. Jadi, harini kami nak kongsikan dengan anda 5 item pertama yang wajib ada untuk anda mula deko ruang ini.

1. Meja makan
Dah tentunya meja makan, kalau takde meja makan, tak jadi ruang makan la namanya. Besar meja yang diperlukan bergantung pada jumlah ahli keluarga. Namun harus diingat, walaupun ada 10 orang ahli, tak semestinya memerlukan meja dengan 10 tempat duduk.

2. Kerusi
Dah ada meja, takkan takde kerusi. Sama macam meja tadi, kuantiti bergantung pada bilangan ahli keluarga. Cuma persoalannya kini ialah, kerusi macam mana yang harus dibeli? Kerusi boleh dipilih samada dari jenis 'neutral' ataupun yang mempunyai 'wow factor'. Semuanya bergantung pada konsep hiasan rumah anda. Tiada masalah untuk 'mix & match' tetapi harus berhati-hati supaya tidak nampak serabut.

3. Permaidani
Mungkin bagi anda permaidani tak penting untuk ruang makan, kalau tumpah makanan, kan dah leceh nak bersihkan kotoran yang melekat. Tetapi, ianya diperlukan untuk bertindak sebagai pembahagi ruang. Jadi, untuk memilih permaidani yang sesuai, pastikan korang pilih permaidani yang sesuai untuk kedua-dua 'indoor' dan 'outdoor' kerana permaidani dari jenis ini lebih mudah dicuci dan dibersihkan.

4. Ruang simpanan
Sediakan satu sudut atau ruang sebagai ruang simpanan di ruang makan. Cari kabinet, atau tempat duduk yang selesa di mana anda boleh menyimpan barang-barang pinggan mangkuk untuk mengelakkan membuang masa dari bolak-balik ke dapur. Anda juga boleh meletakkan pinggan di tempat simpanan semasa makan untuk menjimatkan ruang untuk barang-barang yang lebih penting.

5. Pencahayaan
Selalunya, ramai orang akan menghabiskan masa di ruang makan pada waktu malam. Jadi, ianya sangat penting untuk mencari lampu yang sesuai dengan ruang rumah anda. Pastikan saiz lampu yang anda pilih bersesuaian dengan saiz meja anda. Untuk jenis pencahayaan pula, cahaya ambien dan sconce yang artifisial adalah lapisan wajib untuk ruang makan untuk menaikkan mood.

Semoga bermanfaat!

Kredit tips & imej: https://twitter.com/cabinetcrewmy/status/1396727515192852484
By Hwan Wah Ang June 1, 2021

Semenjak wabak COVID-19 diikuti dengan perlaksanaan untuk bekerja dari rumah (WFH) bagi sebahagian pekerja, ruang kerja di rumah minimalis jadi salah satu hal penting. Sebab, bekerja di rumah akan menjadi sebuah rutin baru yang penting. Ruang kerja di rumah untuk work from home (WFH) harus dibuat senyaman mungkin bagi meningkatkan semangat dan produktiviti saat bekerja.


1. Tambahkan tanaman

Satu tanaman kecil saja bila ditempatkan di atas meja akan membantu mengurangi stres, bahkan mendorong agar meja kerja bebas dari kekacauan. Tambahkan satu hingga dua tanaman hias mini untuk melengkapinya. Selain tanaman segar, anda juga boleh pilih tanaman hias tiruan yang mudah dijaga dan murah.


2. Guna karpet yang selesa

Alaskan permukaan lantai dengan karpet untuk memberikan keselesaan saat duduk maupun berdiri di depan meja. Karpet atau permadani dengan bahan yang tebal dan lembut juga boleh menjadi alas di bawah kaki. Anda boleh juga pertimbangkan memasang lantai gabus yang lebih kuat, lembut dan mudah dipasang juga membuatkan lantai nampak lebih menarik.

 

3. Pasang Tirai atau ‘Partition’

Anda boleh cipta sekatan antara ruang kerja dan ruang lainnya untuk menciptakan privasi dan fokus saat bekerja. Gunakan dinding pemisah portabel atau permanent untuk menciptakannya, seperti rak partition yang berbagai design boleh dimiliki. Anda juga boleh menggunakan rak buku atau rak penyimpanan bebas yang boleh menempatkan berbagai tanaman hias mini, aksesori atau pun perlengkapan ruang kerja pada bahagian ruangnya yang terbuka.

 

4. Tambah aksesori

Menambahkan seni ke ruang kerja memiliki manfaat pribadi dan profesional bagi penggunanya. Beberapa koleksi seni yang dipilih dengan cermat dapat menghasilkan ruangan segar yang dapat membuat anda lebih termotivasi dan produktif dalam bekerja. Contohnya, meletakkan bingkai foto dengan visual yang menarik dan objek dekoratif di atas meja kerja atau hiasan dinding untuk dekorasi jika ruang atau sudut kerja di rumah tidak terlalu luas.

Semoga bermanfaat!

Kredit tips & imej: https://www.haibunda.com/moms-life/20210528112003-76-216753/tips-dekor-ruang-kerja-di-rumah-minimali...

Show More
Share by: