INI ANTARA “BARANG” DALAM RUMAH YANG BOLEH MEMBAWA PENYAKIT

  • By Hwan Wah Ang
  • 11 Jan, 2021
Setiap orang tentunya menginginkan kebersihan dalam hidupnya. Tak terkecuali dengan kediaman yang bersih, segar dan wangi kerana di sinilah tempat kita berehat dan menghabiskan masa.
Tapi jangan tak tahu kediaman yang terlalu bersih juga boleh mengundang bahaya, obsesi terhadap air freshener boleh mengganggu kesihatan serta beberapa perkara lagi yang tidak kita endah.

1) Penyegar Udara
Anda ketagih dengan air freshener? Kalau anda obses menjaga rumah dengan haruman segar, ia sebenarnya boleh menjejaskan kesihatan. Lilin, oil diffuser, plugin freshener, atau scented spray mungkin mengandungi phthalates, bahan kimia yang boleh mengganggu sistem endokrin dengan mengganggu hormon.
Anda disyorkan membuka tingkap, meletakkan pokok dan bunga segar atau sekadar menggunakan minyak pati semulajadi untuk titip kesegaran dalam kediaman.

2) Bekas Plastik
Bekas penyimpanan plastik mengandungi bahan kimia yang berbahaya seperti BPA, yang boleh meresap ke dalam makanan apabila dipanaskan semula atau dengan mengisi makanan ketika panas. Elak guna plastik dan memilih bekas penyimpanan kaca atau botol jenis keluli tahan karat.

3) Kuali Non-Stick Yang Rosak
Kuali tidak melekat biasanya diperbuat daripada aluminium dan kemudian disalut dengan polytetrafloroethylene, atau PTFE (juga dikenali sebagai Teflon) atau mempunyai seramik yang digunakan pada kuali tanpa PTFE.
Bila kuali rosak, beberapa lapisan tidak melekat boleh merebak ke dalam makanan anda (kuali juga menjadi lebih melekit). Ini boleh mengeluarkan sebatian toksik. Apa yang lebih berbahaya ialah memasak dalam kuali tidak melekat di atas haba yang tinggi juga boleh mengeluarkan bahan kimia yang dipanggil asid perfluorooctanoic.

4) Makanan Dalam Tin
Makanan dalam tin memang mudah dan murah tapi ia punya keburukan sampingan yang kita ambil ringan. Sesetengah tin dipenuhi dengan bahan yang mengandungi BPA (bahan kimia industri untuk ketahanan lama) yang boleh berpindah ke makanan, terutama yang panas ketika dibungkus atau berasid.
Dipercayai BPA diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon yang menyebabkan gangguan sistem fungsi tubuh.

5) Kemenyan
Tahukah anda, pembakaran kemenyan boleh menghantar sejumlah besar zarah ke udara, yang kemudiannya boleh menyebabkan saluran pernafasan tergugat. Ia juga mengandungi sejumlah bahan kimia yang boleh menyebabkan kerengsaan kulit.

6) Tiada Tanaman Hijau Dalam Rumah
Tanaman hidup boleh memberi sumber oksigen yang lebih segar, bahkan mampu menyalurkan sensasi aura positif dalam kediaman. Kajian NASA mendapati bahawa tumbuhan seperti English Ivy, Gerbera Daisy, Bamboo Palm, dan Chinese Evergreen berkesan dalam menyerap dan mengeluarkan bahan berbahaya seperti karbon monoksida dari udara.

7) Tak Tapis Air
Ada lagi ke yang masih tidak menggunakan penapisan air? Mungkin air yang anda minum itu nampak bersih pada zahirnya tapi ia masih mengandungi karat, kuman, virus, logam berat, bahan radioaktif malahan najis yang keluar dari paip air yang dibekalkan ke rumah anda.
Satu sistem penapisan air di rumah dapat membantu anda untuk menapis segala kekotoran, bau-bauan dan juga bahan-bahan tercemar yang terdapat dalam air minuman.

8) Mainan Tak Dibasuh
Bukan sekadar kuman yang melekat pada mainan tetapi juga habuk toksik boleh merbahaya kesihatan si kecil. Pastikan mencuci alatan mainan dengan kerap untuk meminimumkan habuk yang terkumpul.

9) Keadaan Rumah Terlalu Bersih
Semakin bersih, maka kuman bakteria semakin menjauh, tubuh pula lebih sihat. Namun, fakta menyatakan bahawa terlalu bersih boleh menimbulkan masalah pada sistem kekebalan tubuh anak. Terlalu banyak bakteria yang disingkirkan, ia kemungkinan akan menyerang kita.

Selamat beramal!

Kredit tips & imej:
https://wanista.com/2020/183531/cara-halus-barang-rumah-sebenarnya-boleh-mengundang-penyakit/
By Hwan Wah Ang June 22, 2021

Apabila anda menyimpan segala makanan daripada yang segar sehingga yang telah dimasak, pastinya anda akan dapat menghidu pelbagai bau di dalam peti sejuk anda.

Akibat daripada itu, anda turut akan mendapati yang mana makanan juga akan lebih cepat busuk dan tidak boleh dimakan.

Oleh itu, ini tips yang boleh anda gunakan untuk menghilangkau bau yang tidak menyenangkan pada peti sejuk anda.

1. Periksa dan tetapkan suhu yang betul

Suhu di dalam peti sejuk anda sangat penting.

Sekiranya terlalu panas, ia dapat mendorong pertumbuhan bakteria dan mempercepat kerosakan makanan di dalamnya. Ini adalah salah satu sebab mengapa peralatan dapur anti bakteria perlu digunakan bagi mengurangkan risiko penyebarannya,

Suhu di dalam peti sejuk anda hendaklah antara -20 dan -15 darjah.

2. Sentiasa lap dan bersihkan makanan yang tertumpah

Untuk sesetengah keadaan, bau busuk di dalam peti sejuk adalah disebabkan oleh makanan ataupun barangan yang telah busuk dan tertumpah.

Apabila dibiarkan lama, ia boleh mencemarkan sebahagian besar bahagian dalam peti sejuk dan meninggalkan bau yang busuk. Selain itu, periksa juga makanan lama yang tidak lagi digunakan. Buang sekiranya ia telah tamat tempoh.

Untuk membersihkan peti sejuk, anda boleh menggunakan Bersihkan larutan pembersih yang mencampurkan satu sudu pemutih klorin dan satu cawan air. Gunakan ini untuk membersihkan kotoran dan mengurangkan bau yang tidak menyenangkan.

3. Letakkan penyerap bau atau soda penaik

Setelah sudah bersihkan bahagian dalam peti sejuk, anda boleh letakkan penyerap bau di dalam peti sejuk.

Sebagai contoh, anda boleh menggunakan soda penaik kerana ia berfungsi baik dalam mematikan bau yang menjadikannya penyelesaian yang sempurna untuk menyerap bau seperti ikan, bawang, lada dan sebagainya.

Cara menyediakan penyerap bau:

·Isikan soda penaik ke dalam cawan.

·Letakkan ini di dalam peti sejuk anda dan tutup pintu.

·Kemudian, biarkan ia di dalam peti sejuk selama beberapa jam.

Sekiranya aroma tidak hilang, cuba taburkan soda penaik ke atas rak dan biarkan selama dua jam. Lap bahagian dalam dengan campuran soda penaik dan air sehingga bersih.

4. Pastikan bekas makanan ditutup rapat

Susun makanan anda ke dalam bekas kedap udara dan label dengan tarikh penggunaan.

Periksa juga sama ada bekas makanan anda ditutup rapat. Ia bagi mengelakkan bau makanan tersebut keluar dari bekas sehingga menyebabkan bau busuk di dalam peti sejuk anda.

Selain itu, anda juga boleh menulis label untuknya dan gunakan balang yang sama untuk menyimpannya. Tambahkan juga tarikh mula memasukkan makanan tersebut ke dalam peti sejuk supaya anda tahu berapa lama sudah ia berada di dalamnya.

5. Tambah Wangian Lemon Untuk Kesegaran

Gunakan lemon untuk menjadikan peti sejuk anda lebih wangi dan segar.

Asid sitrus bertindak baik dalam menyegarkan bahagian dalam peti sejuk anda, dan anda boleh menggunakannya dengan cara berikut:

·Rendam beberapa bola kapas dalam jus lemon

·Gunakan ini untuk mengelap bahagian dalam peti sejuk anda. Jus lemon akan mencipta wangian yang menyenangkan.

Selain lemon, anda juga boleh meletakkan kopi dan oat. Ia juga boleh membantu dalam meneutralkan bau busuk yang mana ia mampu menyerap apa-apa bau sisa makanan yang lama selepas beberapa hari.

 

Semoga bermanfaat!

Kredit tips & imej: https://tajria.com/20212375

 

By Hwan Wah Ang June 16, 2021

1. Pilih sofa yang sesuai

Ada banyak jenis sofa yang anda boleh pilih, sama ada yang berbentuk-L, berbentuk-U, datang sekali set 1-2-3, atau yang jenis sofa katil. Material pula selalunya ada kayu, kusyen, berbulu-bulu, dan kulit!

2. Lampu berdiri

Selain dari lampu siling, ada juga yang gunakan lampu berdiri, sama ada untuk menambah cahaya ataupun sekadar hiasan saja. Anda kena pastikan yang ruang tamu mempunyai pencahayaan yang elok dan baik, sebab di situlah anda akan berkumpul bersama keluarga.

Selain tu, kalau anda mempunyai meja tepi sofa yang kosong tapi tak berapa minat untuk menggunakan bunga sebagai dekorasi, anda boleh juga letakkan lampu hiasan ruang tamu di situ sebagai ganti.

3. Kipas yang bergaya

Bagi yang nak siling nampak je dan tak perlu susah-susah nak panjat tangga bersihkan kipas, bolehlah gunakan kipas berdiri saja. Kalau rasa kipas biasa tu membosankan dan tak matching dengan dekorasi rumah, boleh cari yang mempunyai bentuk unik!

Kalau anda rasa kipas siling lebih sesuai, tentukan dulu saiz kipas yang diperlukan kerana kipas yang terlalu kecil atau besar tak akan memberikan aliran udara yang betul. Jumlah bilah juga selalu menjadi tanda tanya apabila menentukan jenis kipas siling.

4. Meja kopi

Nak pilih meja kopi untuk menjadikan ruang tamu moden sebenarnya tak semudah yang disangka. Anda bukan saja perlu memilih yang cantik di mata, tapi sepadan dengan semua yang ada di ruang tamu.

5. Kabinet TV

Kalau ada TV dekat ruang tamu, haruslah kena ada kabinet TV. Kalau hanya sekadar untuk letak TV dan tak perlukan ruang simpanan ekstra, boleh guna meja TV yang biasa saja. Tapi, kalau ada bajet lebih, bolehlah beli kabinet TV yang selalunya lagi besar.

6. Cermin tambahan deko

Cermin boleh digunakan untuk pelbagai fungsi, seperti membuatkan bilik nampak lebih luas, menambah pencahayaan, menonjolkan barang sedia ada dan meletakkan di tempat yang mencerminkan pandangan yang anda suka!

7. Karya Seni

Karya seni sangat membantu untuk menentukan keperibadian pemilik rumah dan dijadikan dekorasi ruang tamu

Semoga bermanfaat!

Kredit tips & imej: https://twitter.com/fabellodesign/status/1402123936687550468

 

By Hwan Wah Ang June 9, 2021
Kebanyakan orang suka mengabaikan ruang makan sehinggakan tiada satu dekorasi pun yang diletakkan di ruang ini menjadikannya kelihatan suram. Tapi, kalau anda kekal ia kelihatan suram, ia dah tentu akan memberi kesan pada ruang lain. Jadi, harini kami nak kongsikan dengan anda 5 item pertama yang wajib ada untuk anda mula deko ruang ini.

1. Meja makan
Dah tentunya meja makan, kalau takde meja makan, tak jadi ruang makan la namanya. Besar meja yang diperlukan bergantung pada jumlah ahli keluarga. Namun harus diingat, walaupun ada 10 orang ahli, tak semestinya memerlukan meja dengan 10 tempat duduk.

2. Kerusi
Dah ada meja, takkan takde kerusi. Sama macam meja tadi, kuantiti bergantung pada bilangan ahli keluarga. Cuma persoalannya kini ialah, kerusi macam mana yang harus dibeli? Kerusi boleh dipilih samada dari jenis 'neutral' ataupun yang mempunyai 'wow factor'. Semuanya bergantung pada konsep hiasan rumah anda. Tiada masalah untuk 'mix & match' tetapi harus berhati-hati supaya tidak nampak serabut.

3. Permaidani
Mungkin bagi anda permaidani tak penting untuk ruang makan, kalau tumpah makanan, kan dah leceh nak bersihkan kotoran yang melekat. Tetapi, ianya diperlukan untuk bertindak sebagai pembahagi ruang. Jadi, untuk memilih permaidani yang sesuai, pastikan korang pilih permaidani yang sesuai untuk kedua-dua 'indoor' dan 'outdoor' kerana permaidani dari jenis ini lebih mudah dicuci dan dibersihkan.

4. Ruang simpanan
Sediakan satu sudut atau ruang sebagai ruang simpanan di ruang makan. Cari kabinet, atau tempat duduk yang selesa di mana anda boleh menyimpan barang-barang pinggan mangkuk untuk mengelakkan membuang masa dari bolak-balik ke dapur. Anda juga boleh meletakkan pinggan di tempat simpanan semasa makan untuk menjimatkan ruang untuk barang-barang yang lebih penting.

5. Pencahayaan
Selalunya, ramai orang akan menghabiskan masa di ruang makan pada waktu malam. Jadi, ianya sangat penting untuk mencari lampu yang sesuai dengan ruang rumah anda. Pastikan saiz lampu yang anda pilih bersesuaian dengan saiz meja anda. Untuk jenis pencahayaan pula, cahaya ambien dan sconce yang artifisial adalah lapisan wajib untuk ruang makan untuk menaikkan mood.

Semoga bermanfaat!

Kredit tips & imej: https://twitter.com/cabinetcrewmy/status/1396727515192852484
By Hwan Wah Ang June 1, 2021

Semenjak wabak COVID-19 diikuti dengan perlaksanaan untuk bekerja dari rumah (WFH) bagi sebahagian pekerja, ruang kerja di rumah minimalis jadi salah satu hal penting. Sebab, bekerja di rumah akan menjadi sebuah rutin baru yang penting. Ruang kerja di rumah untuk work from home (WFH) harus dibuat senyaman mungkin bagi meningkatkan semangat dan produktiviti saat bekerja.


1. Tambahkan tanaman

Satu tanaman kecil saja bila ditempatkan di atas meja akan membantu mengurangi stres, bahkan mendorong agar meja kerja bebas dari kekacauan. Tambahkan satu hingga dua tanaman hias mini untuk melengkapinya. Selain tanaman segar, anda juga boleh pilih tanaman hias tiruan yang mudah dijaga dan murah.


2. Guna karpet yang selesa

Alaskan permukaan lantai dengan karpet untuk memberikan keselesaan saat duduk maupun berdiri di depan meja. Karpet atau permadani dengan bahan yang tebal dan lembut juga boleh menjadi alas di bawah kaki. Anda boleh juga pertimbangkan memasang lantai gabus yang lebih kuat, lembut dan mudah dipasang juga membuatkan lantai nampak lebih menarik.

 

3. Pasang Tirai atau ‘Partition’

Anda boleh cipta sekatan antara ruang kerja dan ruang lainnya untuk menciptakan privasi dan fokus saat bekerja. Gunakan dinding pemisah portabel atau permanent untuk menciptakannya, seperti rak partition yang berbagai design boleh dimiliki. Anda juga boleh menggunakan rak buku atau rak penyimpanan bebas yang boleh menempatkan berbagai tanaman hias mini, aksesori atau pun perlengkapan ruang kerja pada bahagian ruangnya yang terbuka.

 

4. Tambah aksesori

Menambahkan seni ke ruang kerja memiliki manfaat pribadi dan profesional bagi penggunanya. Beberapa koleksi seni yang dipilih dengan cermat dapat menghasilkan ruangan segar yang dapat membuat anda lebih termotivasi dan produktif dalam bekerja. Contohnya, meletakkan bingkai foto dengan visual yang menarik dan objek dekoratif di atas meja kerja atau hiasan dinding untuk dekorasi jika ruang atau sudut kerja di rumah tidak terlalu luas.

Semoga bermanfaat!

Kredit tips & imej: https://www.haibunda.com/moms-life/20210528112003-76-216753/tips-dekor-ruang-kerja-di-rumah-minimali...

Show More
Share by: